Bismillah...
Satu satunya pujian yg layak kita ucap pada Sang Khaliq, pencipta kita :-) Allah berikan kita nikmat sehat,nikmat pernafasan.. dan yg paling penting kita syukuri adalah nikmat IMAN dan ISLAM. Alhamdulillah..
Pagi yg indah ini,dengan izin dariNya,jari jemari ini bergerak dan menaip kata demi kata. hehe..
Hmmm ... "Ada ninja ... hantu ... " Panggilan yg sering mereka gunakan pada niqabis.. Alhamdulillah,Allah beri kesabaran. Ana tak pernah marah dengan panggilan itu. Dah biasa kot , hu hu ... Masih teringat peristiwa tiga tahun yang lalu.. di sebuah kedai.. first time pakai purdah, seorang anak kecil berlari memanggil ibunya sambil berteriak "Mak.. Ada hantu... dikeranakan melihat seorang wanita yg berpakaian serba hitam. Itulah ana, hehe.. Takkan terlupakan peristiwa tu ,huhu ... kadang senyum2 kalau ingat kembali..
Hmm.. Kain Kecil tu bukan hanya sebagai penutup wajah sederhana ini tapi sebagai pelindung dari fitnah.. dari tatapan ajnabi.. dari panas matahari juga,hu hu.. banyak faedah purdah ni. Alhamdulillah,Ana bersyukur..Allah beri taufiq dan kekuatan untuk memakai sehelai kain kecil berwarna hitam. Do'akan moga ana Istiqomah , In Shaa Allah :-)
Pernah sahabat bertanya, "kenapa enti suka sangat pakai warna hitam.. asyik warna hitam je yg enti pakai.. jubah hitam,tudung pun hitam.. purdah,tak payah tanya la. confirm hitam.. takde warna lain dah ker? Sambil buat muka pelik.. -_- Ana senyum.. "Ana suka warna hitam.. Ana suka warna gelap2.. kalau boleh,ana mahu semua pakaian ana warna hitam je.. hu hu... Sahabiyah,mereka berpakaian hanya satu warna.. HITAM. Gagak hitam katakan :-) Kelebihan warna ni adalah orang takkan nampak lekuk tubuh kita.. kita pun takkan jadi pusat perhatian org ramai apalagi jika di tempat tu ramai ajnabi, :-) Sehelai Kain Kecil tu adalah sahabat setia ana.. dia setia menemani ana ke mana pun juga.. di mana ada ana,di situlah dia berada.. kecuali dalam rumah la.. Huhuhu ...
Apapun,ana sangat bersyukur.. Allah berikan sakinah dengan ana pakai "kain kecil" itu... :-) Ketenangan yg didapatkan susah utk dilafazkan dgn kata kata.. meraka tanya, "tak panas ke pakai camtu.. " hu hu.. soalan bonus lagi.. panas di dunia sementara,panas dia akhirat selamanya :-) Alhamdulillah, sejuk memakainya.. :-) cubalah tanya niqabis, apa yg mereka rasa dengan memakai "kain kecil" itu.. ? Ana rasa,jawaban mereka sama dgn ana :-) Apa yg ana tulis ni bukanlah niat menunjuk-nunjuk.. bukan juga memandang rendah kepada Akhwat yang tak berpurdah.. hanya ingin meluruskan saja pandangan orang saja yg kadang masih tak faham tentang "kain kecil" tu. Moga Allah beri kita kefahaman agama.aamiin. Belum cuba belum tahu :-) Tak kenal maka tak sayang. Sudah cuba..Sudah pakai.. tentu tak mahu lepas lagi. percayalah... :-)
Dan alhamdulillah,ana bersyukur sangat..
Suami pun tak pernah komen apa2 tentang pemakaian ana.. bahkan dia kadang risau kalau-kalau wajah isterinya yang "comel" ni (eh.. Comel ker.. hihihi perasan la.. ) ternampak ajnabi sekalipun di dalam rumah.. hu hu.. (maksudnya tu kena buat persiapan ... kadang tetiba ada tamu kan.. ) Alhamdulillah, syukur punya suami yg fAham dan memberi sokongan pada Bidadarinya , hehe..
Ana penat.
In Shaa Allah,lain hari ana sambung okay :-)
Selamat berpuasa yee :-)
Assalamu'alaikum :-)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan