Rabu, 8 Julai 2015

Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Dalam perjalanan balik dari mengajar, jumpa seorang makcik ...

 " Assalamu'alaikum, makcik... :-)

 "Wa'alaikumsalam,cikgu.. Eh,cikgu baru balik?

 "Iya.. Makcik.. :-)

 "Mmm.. suami cikgu mana? Tak pernah nampak pulak. Hari tu saja time majlis kahwin cikgu.. (Senyum) ... ^_^

 "Oh.. suami saya tiada, makcik.. sedang khuruj..

"Khuruj.. ?

Apa itu cikgu?

"Keluar makcik.. Keluar negara..

 "Buat apa di sana?lamakah cikgu? Kerja ya cikgu..

 " iya makcik.. kerja .. Kerja agama.. :-) 4 bulan,makcik..


 Makcik tu pun tersenyum.. " Oh.. mm,lamanya tu cikgu.. kesian cikgu.pengantin baru (baru sebulan) dah kena tinggal..Hehe.. Tak rindu suamikah cikgu?


 " In Shaa Allah,makcik..Tak lama :-) Rindu? Mmm.. of course la rindu suami,makcik.. Hehe.. isteri mana yg tak rindukan suaminya? :-)

 Makcik tu gelak lagi.. " Yalah cikgu.. Kalau makcik memang tak sanggup pisah jauh2 .. lama pulak tu,hehe..

 "Hehe.. Tak pa makcik.. Dunia ini sementara, perpisahan saya dan suami pun sementara saja.. sekejap saja tu :) In Shaa Allah,Nanti jumpa lagi.. jadi pengantin baru lagi kan makcik.. hehehe... "

Makcik tu pun senyum ...
' Betul tu cikgu... :-) Ok ya cikgu,Nanti ada masa jumpa lagi... :)


  *************


 Sahabat ... Dunia ini sementara. Kerana dunia ini sementara,bermakna segala apa yg ada di dalamnya juga bersifat sementara. Rumah, Uang, Jawatan.. semuanya sementara.. Tiada yg kekal. Apa yg kekal? AKHIRAT :-) Pertemuan sementara, Perpisahan juga sementara. Jadi kenapa takut utk berpisah sesaat di dunia yg sementara ini? :-) Biar berpisah di dunia, Moga tak berpisah di akhirat.. Kalau sama2 di dunia,tapi berpisah di akhirat..itu yg masalah. Jadi,sering-seringlah berpisah :-) Berpisah kerana agama. Sebenarnya,bukan berpisah.. tapi sedang memupuk kerinduan :-) DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT SELAMANYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan